Showing posts with label JK Latihan. Show all posts
Showing posts with label JK Latihan. Show all posts

Taklimat EKSA di JPN Terengganu

Pada 1 Mac 2017 telah diadakan Taklimat EKSA kepada wakil Bahagian, Daerah dan Cawangan JPN di JPN Negeri Terengganu. Dua orang kakitangan JPN Setiu terlibat dengan taklimat ini iaitu Pn Siti Zaharah dan Pn Julia. Taklimat telah di sampaikan oleh En Hezri dari JPN Terengganu. Turut serta dalam taklimat ini ialah Pengarah dan Timbalan Pengarah JPN Terengganu iaitu En Nasir dan Pn Rahmatunnisa.





Lawatan Penanda Aras Di Pejabat Tanah Daerah Setiu

Pada 21 Mei 2016 kakitangan JPN Daerah Setiu bersama Pengarah JPN Terengganu, kakitangan JPN Terengganu, kakitangan JPN Daerah Besut dan JPN RTC Terengganu telah mengadakan lawatan penanda aras di Pejabat Tanah Daerah Setiu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan untuk perlaksanaan EKSA di cawangan JPN yang terlibat.

Pihak Pejabat Tanah Daerah Setiu menyambut baik kedatangan kami dan banyak memberikan pandangan yang dapat membantu pihak kami untuk melaksanakan EKSA di JPN. Ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan.

Bersama kita melaksanakan EKSA dengan jayanya.