Ruang Menyusu Bayi



Pihak JPN sentiasa peka dengan kehendak pelanggan dan sentiasa mengambil inisiatif untuk memberi keselesaan kepada setiap pelanggan yang berkunjung. Walaupon JPN Setiu merupakan cawangan yang kecil, namun pelbagai inovasi  yang boleh dilakukan untuk kebaikan pelanggan.

Kali ini kami berpeluang untuk mewujudkan satu ruang yang dinamakan "Ruang Menyusu Bayi" bagi memudahkan ibu-ibu yang datang untuk menyusu bayi mereka tanpa ada mata-mata luar yang memandang.



Inovasi ini dibuat kerana adanya ibu-ibu yang datang kelihatan segan untuk menyusu bayi mereka dihadapan umum. Semoga dengan adanya ruang kecil ini ibu-ibu dapat menyusu di ruang privasi yang di buat ini dengan sedikit rasa selesa. InsyaAllah.

Taklimat EKSA di JPN Terengganu

Pada 1 Mac 2017 telah diadakan Taklimat EKSA kepada wakil Bahagian, Daerah dan Cawangan JPN di JPN Negeri Terengganu. Dua orang kakitangan JPN Setiu terlibat dengan taklimat ini iaitu Pn Siti Zaharah dan Pn Julia. Taklimat telah di sampaikan oleh En Hezri dari JPN Terengganu. Turut serta dalam taklimat ini ialah Pengarah dan Timbalan Pengarah JPN Terengganu iaitu En Nasir dan Pn Rahmatunnisa.





Tempat Letak Pen Dari Kayu Terbuang


Sudut Bacaan Untuk Pelanggan

Sudut Bacaan ini adalah satu inisiatif yang di buat supaya pelanggan yang  hadir ke JPN Setiu boleh memafaatkan masa menunggu dengan membaca bahan-bahan bacaan yang disediakan.

Semoga dengan adanya bahan-bahan bacaan ini pelanggan dapat menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mereka. Selain itu diharapkan agar Sudut Bacaan ini digunakan dengan sebaiknya dan mendatangkan manfaat kepada para pelanggan kami.


DIY Hari Ini

Projek DIY hari ni ialah mencipta tempat letak pen di Kaunter Isi Borang.

Bahan-bahan:
Polisterin
Gunting
Pisau
Tali
Double Tape
Pen

By : Pn Siti dan Pn Julia




Lawatan Penanda Aras Di Pejabat Tanah Daerah Setiu

Pada 21 Mei 2016 kakitangan JPN Daerah Setiu bersama Pengarah JPN Terengganu, kakitangan JPN Terengganu, kakitangan JPN Daerah Besut dan JPN RTC Terengganu telah mengadakan lawatan penanda aras di Pejabat Tanah Daerah Setiu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan untuk perlaksanaan EKSA di cawangan JPN yang terlibat.

Pihak Pejabat Tanah Daerah Setiu menyambut baik kedatangan kami dan banyak memberikan pandangan yang dapat membantu pihak kami untuk melaksanakan EKSA di JPN. Ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan.

Bersama kita melaksanakan EKSA dengan jayanya.




Sudut Eksa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Sudut Eksa Zon Setiu yang telah di kemaskini pada bulan September 2016.

Sebarang cadangan untuk penambahbaikan sangat dialu-alukan.

Terima kasih.

"Ke Arah Pensijilan EKSA"